Tuesday, October 11, 2011

CIRCULAR FOR TEACHERS WITH DG41 & 44





SURAT SIARAN PENGUMPULAN DATA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 DAN DG44 YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 8, 9 DAN 10 TAHUN PADA TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.
2.   Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang mengumpul data PPPS bagi Gred DG41 dan DG44 (termasuk PPPS yang mempunyai pengalaman Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)) yang telah berkhidmat selama 8, 9 dan 10 tahun pada tahun 2012.
3.   Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan, data PPPS yang dipanjangkan ke BPSM adalah seperti berikut :
3.1   PPPS Gred DG41 yang TIDAK mempunyai pengalaman Ex-PPPLD;
3.2   PPPS Gred DG41 yang mempunyai pengalaman Ex-PPPLD;
3.3   PPPS Gred DG44 yang TIDAK mempunyai pengalaman Ex-PPPLD; dan
3.4    PPPS Gred DG44 yang mempunyai pengalaman Ex-PPPLD.

4.   Calon-calon yang akan diperakukan mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
4.1. PPPS Gred DG41 yang TIDAK mempunyai pengalaman Ex-PPPLD. 4.1.1. Disahkan dalam perkhidmatan;
4.1.2 Mencapai markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini (2008, 2009 dan 2010) tidak kurang daripada 78% ;
4.1.3 Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah; 4.1.4 Telah mengisytiharkan harta;
4.1.5 Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
4.1.6 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
4.1.7 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
4.2 PPPS Gred DG41 yang mempunyai pengalaman Ex-PPPLD. 4.2.1 Disahkan dalam perkhidmatan;
4.2.2 Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2008, 2009 dan 2010) tidak kurang daripada 78% ;
4.2.3 Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah; 4.2.4 Telah mengisytiharkan harta;
4.2.5 Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
4.2.6 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
4.2.7 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
4.2.8 PPPLD Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan DGA38 yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41; dan
4.2.9 Mengambil kira setiap tiga (3) tahun pengalaman di PPPLD sebagai satu (1) tahun pengalaman di Gred DG41 dengan had maksimum sembilan (9) tahun di PPPLD bersamaan tiga (3) tahun di PPPS Gred DG41.
4.3 PPPS Gred DG44 yang TIDAK mempunyai pengalaman Ex-PPPLD.
4.3.1 Disahkan dalam perkhidmatan;
4.3.2 Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2008, 2009 dan 2010) tidak kurang daripada 78% ;
4.3.3 Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah; 4.3.4 Telah mengisytiharkan harta;
4.3.5 Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
4.3.6 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
4.3.7 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
4.4 PPPS Gred DG44 yang mempunyai pengalaman Ex-PPPLD. 4.4.1 Disahkan dalam perkhidmatan;
4.4.2 Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2008, 2009 dan 2010) tidak kurang daripada 78% ;
4.4.3 Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah;
4.4.4 Telah mengisytiharkan harta;
4.4.5 Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
4.4.6 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
4.4.7 Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
4.4.8 PPPLD Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan DGA38 yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41;
4.4.9 Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 bermula 01 Januari 2004; dan
4.4.10 Mengambil kira setiap tiga (3) tahun pengalaman di PPPLD sebagai satu (1) tahun pengalaman di PPPS Gred DG44 dengan had maksimum sembilan (9) tahun di PPPLD bersamaan tiga (3) tahun di PPPS Gred DG44.

5.   Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dipohon untuk mengisi butiran data PPPS berdasarkan tahun perkhidmatan masing-masing yang ditentukan mengikut format seperti di Lampiran B1 sehingga Lampiran B24.
6.   Selain itu, setiap perakuan yang dikemukakan perlu disertakan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:-
6.1   Salinan Kad Pengenalan;
6.2 Kenyataan oleh Ketua Jabatan seperti di LAMPIRAN C (format disediakan);
6.3 LAMPIRAN T1 bagi tujuan tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (format disertakan); dan
6.4 Surat Akuan Pinjaman seperti di LAMPIRAN D (format disediakan);
7.   Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ tuan/puan untuk:-
7.1 Memastikan maklumat calon yang dikemukakan diasingkan mengikut lampiran-lampiran yang betul. Sila rujuk senarai semak yang dilampirkan seperti di LAMPIRAN E;
7.2 Menyemak dengan teliti Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dan memastikan tiada pegawai yang tertinggal ataupun berlaku kesilapan data;
7.3 Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dipohon untuk mengemukakan hanya data yang lengkap bagi memudahkan proses pengemaskinian; dan
7.4 Memastikan agar semua perakuan tersebut dikumpul dan dihantar ke BPSM, KPM sebelum atau pada JUMAAT, 30 OKTOBER 2011 ke alamat berikut:-
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Naik Pangkat Siswazah 2)
8.   Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada JPN / Bahagian masing-masing atau kepada pegawai-pegawai di Kementerian ini seperti berikut:
8.1   Unit Naik Pangkat Siswazah 2   : 03-8884 7934/ 03-8884 7914
9. Di atas segala kerjasama YBhg. Datuk/Dato/Datin/tuan/puan berikan di dalam melaksanakan perkara ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

http://www.moe.gov.my/bpsm/naik%20pangkat/surat%20siaran%202012.pdf

No comments: